Sunday 8 December 2013

RUGI AMBIL INSURANS TAKAFUL ?






KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS TAKAFUL ?

Jika anda rasa RUGI ambil insurans takaful, sebenarnya anda LAGI RUGI kalau tak ada insurans takaful. Sekiranya anda tidak membuat sumbangan hari ini, satu hari nanti anda pasti menyumbang dalam jumlah yang besar kepada hospital.

PEPATAH LAMA YANG SUDAH BERTUKAR – harimau mati meninggalkan belang tapi manusia mati meninggalkan HUTANG.

ATAU

Anda Sudah Mempunyai Perlindungan Dari Syarikat Anda  Bekerja ? tapi SAMPAI BILA ANDA AKAN BERKERJA DISITU ? 
BAGAIMANA KALAU ANDA MENGALAMI KEMALANGAN DILUAR WAKTU KERJA ? Anda Hanya Mungkin Berminat Selepas Bersara (Umur 60 tahun) ? tapi SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI. SEKIRANYA boleh,  harganya adalah 5x ganda. MAMPUKAH ANDA ?

Tahukah Anda Insurans Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja. Sudah Ada Diabetis @ Darah Tinggi Segalanya Mungkin Sudah Terlewat.

Adakah Anda Boleh MEMBERI JAMINAN Anda Tiada Penyakit Apabila Menjelang Umur 50-an ? Sanggupkah Anda Menggunakan WANG EPF @ KWSP ANDA Untuk Membayar Bil Hospital ?

Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan Beri, Tapi Kalau Doktor Anda Minta RM50,000 Adakah Anda Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?

Kebiasaanya apabila anda mendengar mengenai insurans takaful, anda akan membayangkan ianya hanya berkaitan dengan pampasan dan wang bayaran premium bulanan yang anda bayar setiap bulan akan hangus begitu sahaja. Di PruBSN Takaful, Manfaatnya ! semestinya lebih daripada itu.

Sila hubungi takafulexpert2u sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma, semestinya berguna dan bermanfaat untuk anda dan keluarga anda. takafulexpert2u sedia membantu.


Thursday 5 December 2013

Prudential BSN Pengendali Takaful Terbaik (Asia)






Sudah Terbukti !
Tidak Perlu Ragu-Ragu Lagi. Pilihlah Syarikat Insurans Takaful Yang Terbaik Buat Anda.






Anda berminat untuk dapatkan nasihat percuma? berminat untuk dapatkan pelan perlindungan takaful?


Wednesday 27 November 2013

RISIKO-RISIKO DALAM KEHIDUPAN






Dalam kehidupan seharian, semua perkara yang kita lakukan mempunyai risiko. Makan pun boleh tercekik, minum pula tersedak. Malah lidah pun boleh tergigit. Apatah lagi dalam melalui liku-liku kehidupan penuh mencabar akan datang. Risiko kehidupan, POSITIF ataupun NEGATIF bukan boleh diramal oleh individu. Dan setiap orang mungkin mengalami risiko-risiko yang sama, seperti:-

1. KEMATIAN PRA MATANG (LAYU SEBELUM WAKTUNYA)

Kita mungkin pernah dengar berita tentang jiran, kawan, saudara mara yang kemalangan ataupun mempunyai masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, dan sekiranya hal tersebut berlaku kepada kita, macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? Jika satunya layu, pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada langsung sekiranya hanya suami yang bekerja.



BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP ?

Wang memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang ! Betul kah?

2. HIDUP TERLALU LAMA

Sudah pasti setiap manusia mahukan umur yang panjang. Mungkin kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri, ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. tetapi sebaliknya.
Apakah yang akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda?
Andaian berdasarkan pengiraan matematik mudah, pencen pada umur 55 tahun, purata jangka hayat hidup rakyat Malaysia adalah 75 tahun. 75-55 = 20. Maka, selama 20 tahun kita perlukan dana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Berapakah angka yang perlu ada sebaik sahaja anda bersara?

Perbelanjaan = kos makan dan minum, pakaian, minyak, tol, kereta , rumah, yuran anak-anak, bil api, bil air, bil telefon, bil internet, bil astro dan sebagainya (+ inflasi akan datang, semua benda menjadi mahal)

Sekiranya perbelanjaan anda RM 1000/bln, RM 1000 ? Cukup kah ?
maka RM1000 x 12 bln x 20 thn = RM240,000 (Anda mesti ada pada usia 60thn)

Sekiranya perbelanjaan anda RM 2000/bln, maka RM2000 x 12bln x 20 thn = RM480,000 (Anda mesti ada pada usia 60 thn)

Sekiranya perbelanjaan anda RM 5000/bln, maka RM5000 x 12 bln x 20 thn = RM 1200,000 (Anda mesti ada pada usia 60 thn)

Pengiraan di atas belum dimasukkan faktor inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang rata-ratanya berjumlah hanya RM100,000 sahaja apabila mencapai umur 55 tahun?

3. LIVING DEATH

Anda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita berduit. Sebaliknya, jika tidak berduit macamana cara nak mendapatkan rawatan ? Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat tempat bekerja?

Tetapi PERSOALANNYA:

i) Sampai bila anda akan bekerja di situ?

ii) Syarikat anda melindungi anda sehingga umur 60 sahaja. SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU, TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI. SEKIRANYA boleh, harganya adalah 5 kali ganda. MAMPUKAH ANDA? Sekiranya tidak mampu, adakah anda mahu menggunakan wang KWSP anda untuk membayar bil hospital? bayaran bil-bil lain selebihnya?

iii) Adakah anda sanggup beratur panjang dengan orang lain untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan?

Adakah anda sanggup jadi seperti ini? Adakah anda sanggup jadi seperti ini?

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN : Hubungi takafulexpert2u yang sedia membantu.


Sunday 3 November 2013

ADAKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI?






Senario hari ini, ramai dikalangan kita yang mempunyai perlindungan insurans takaful untuk kereta ataupun rumah. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemiliknya tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda tersebut. Tetapi Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Melindungi Diri dan Keluarga Seperti Melindungi Harta Benda Mereka?

Kebanyakan daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk merancang yang terbaik untuk masa hadapan. Tetapi, seperti yang kita ketahui, malang tidak berbau dan boleh menimpa kita dalam sekelip mata tanpa diduga. Kita boleh beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans Takaful Mungkin Tidak Dapat Menjamin Masa Depan Yang Cerah Untuk Anda, Tetapi Sekurang-kurangnya Perlindungan dan Bantuan Yang Diperlukan Anda dan Keluarga Dijamin Ketika Anda Memerlukannya.


Persoalannya, Polisi apakah yang anda miliki sekarang ? Sudahkah anda membeli polisi insurans takaful untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans takaful untuk anda semasa bekerja dan selepas bersara? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?

Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.

BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN KEHIDUPAN TANPA ANDA ?

Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans Takaful Yang Dimiliki Dapat Menjamin Dari Segi Kewangan dan Boleh Memberi Mereka Perlindungan Kewangan Tambahan Untuk Meneruskan Kehidupan Setelah Anda Tiada. Dan dengan polisi seperti takaful berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.

TANYA DIRI ANDA SEKARANG!

Apa akan berlaku sekiranya Perkara-Perkara Berikut Terjadi Pada Diri Anda, HARI INI...

+ Kemalangan
+ Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal
+ Meninggal Dunia
+ Lumpuh Atau Hilang Upaya Kekal


Bagaimana anda dan keluarga menghadapi situasi ini? Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Isteri, Anak-anak dan Ibu Bapa Anda? Sudahkah Anda Membuat Persediaan Yang Secukupnya? Jika Belum, Biar Kami Yang Menguruskannnya Untuk Anda.

"Bersedialah untuk menghadapi pekara yang tidak diduga supaya anda dan keluarga anda dilindungi pada setiap masa dan dimana jua. 

Jangan Biarkan Diri dan Keluarga Anda Menderita Kerana Sikap Tidak Peduli Anda"



Monday 21 October 2013

HUBUNGI KAMI : KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA






Prudential BSN Takaful sentiasa sedia untuk membantu anda dengan pertanyaan anda. Sila berhubung dengan wakil perkhidmatan pelanggan kami dengan menghubungi hotline Penjagaan Pelanggan seperti tertera dibawah. Atau anda juga boleh memilih untuk Call, SMS atau menghantar e-mel pertanyaan kepada takafulexpert2u Wakil Perunding Kewangan Takaful Anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KHIDMAT PELANGGAN | CUSTOMER SERVICE
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
(Waktu operasi: Isnin - Jumaat : 8.45am - 4.15pm)
Telefon: 603 2053 7188
Faks: 603 2026 7688
E-mel: customer@prubsn.com.my
----------------------------------------------------------------------------------------------------
TAKAFULEXPERT2U
WAKIL PERUNDING KEWANGAN TAKAFUL ANDA

(Waktu Berurusan : Isnin - Ahad : 8.30am - 12.00 pm)
Call/Sms : MUS 019-9338655
E-mail: mushaimi.ismail@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk memudahkan anda berurusan, saya senaraikan Lokasi Cawangan Prudential BSN Takaful yang berhampiran dengan anda sebagai rujukan.

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL KUALA LUMPUR

Alamat Prudential BSN Takaful Wangsa Maju,  Setapak :
Prudential BSN Takaful Berhad
Ground Floor, Lot 3A-01-GR
Jalan Wangsa Delima 10 D'Wangsa
53300, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Waktu Operasi Prudential BSN Takaful Wangsa Maju, Setapak : 
Isnin - Jumaat (8.45am - 4.15pm)


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL SHAH ALAM
 

Alamat Prudential BSN Takaful Shah Alam :
Prudential BSN Takaful Berhad
Ground Floor, 4-G
Jalan Opera L/4 2L
TTDI Jaya Seksyen U2
40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Prudential BSN Takaful Shah Alam :
Isnin hingga Jumaat (8.45am - 4.15pm)


Prudential Head Office – Customer Service Centre
Ground Floor, Menara Prudential, No.10,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Prudential UEP Subang Jaya
NO. 6, JALAN USJ 9/5T, UEP SUBANG JAYA, 47620 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Prudential Puchong
BLOCK H-02, GROUND FLOOR, SETIAWALK GALERIA, JALAN BANDAR 2, PUSAT BANDAR PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR

Prudential Klang
NO. 13A GROUND FLOOR (B-G-13A), JALAN JAMBATAN KOTA, PRIMA KLANG AVENUE, 41000 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Prudential Damansara Intan
G-29 & G-31, BLOCK A, GROUND FLOOR – 17TH FLOOR, DAMANSARA INTAN, NO. 1, JALAN SS20/27, 47400 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Untuk Lokasi Selain Dari Yang Di Atas Anda Boleh Menghubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut.




Wednesday 16 October 2013

PERHATIAN !




KECEDERAAN BOLEH BERLAKU DAN PENYAKIT BOLEH MENYERANG TANPA SEBARANG AMARAN

Tahukah Anda Rawatan yang Tepat dan Cepat Merupakan Antara Cara Yang Terbaik Untuk Memastikan Kecederaan atau Penyakit Yang Dialami Tidak Memudaratkan.

Dengan Kos Perubatan Moden Yang Semakin Meningkat, Mendapatkan Rawatan Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Tidak Harus Bergantung Kepada Simpanan atau Wang Tunai Anda Semata-mata.

Pastikan Kos Rawatan dan Perubatan Anda Tidak Menjadi Masalah Ketika Anda Memerlukannya Dengan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku?

Sudahkah anda menyediakan tabungan untuk masa depan pendidikan anak-anak anda?

Jika belum, Bertindaklah Sekarang. Jangan Berlengah Lagi. " Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya

KAMI DI PRUDENTIAL SENTIASA BERSEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA MENGHARUNGI HARI-HARI YANG SUKAR.

Kepada para pengunjung yang berminat untuk mendapatkan khidmat rundingan dan 'Quotation' PERCUMA :

Thursday 3 October 2013

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL






KETAHUI RAHSIA BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH BIL HOSPITAL ANDA DALAM MASA SEKELIP MATA DENGAN HANYA MENGGUNAKAN KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TKAFUL ( PRUDENTIAL BSN TAKAFUL MEDICAL CARD )
SUDAH TENTULAH HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA. KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL. KAD PERUBATAN TERBAIK DI MALAYSIA. KAD PERUBATAN TERBAIK UNTUK KELUARGA.
KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ( PRUDENTIAL BSN TAKAFUL MEDICAL CARD ) MEMBERI JAMINAN BIL PERUBATAN ANDA AKAN DIBAYAR SEPERTI YANG DIJANJIKAN
+"Guarantee Renewal" Jaminan Pembaharuan Setiap Tahun. - Polisi anda masih berjalan seperti biasa walaupun anda dah sakit, maksudnya tiada penambahan premium dan exclusion baru.
+Had Seumur Hidup Yang Tinggi - Perlindungan antara RM 500,000 sehingga RM1,500,000 bergantung kepada budget anda.

+Kebebasan Memilih Hospital dan Doktor -  Lebih 50 Hospital Panel di Seluruh Malaysia.
+Coverage termasuk doctor consultation fees, surgery cost, drugs, room fee, pre hospitalisation, post hospitalisation, day surgery, cancer treatment dan kidney dialisis.
+Non Claim Bonus - Anda diberikan bonus tanpa tuntutan setiap tahun sekiranya tidak membuat apa-apa tuntutan antara RM100 sehingga RM500.
+Sumbangan Premuim Yang Rendah - Semurah RM100 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.
+Pilihan Tempoh Perlindungan Yang Panjang- Perlindungan sehingga 100 tahun tertakluk kepada pilihan anda.
+Pelindungan 24 Jam Sehari - Perlindungan dimana sahaja anda berada termasuk di dalam dan luar negara (90 hari).
+Terdapat Simpanan Tunai - Premium yang dibayar sebahagiannya akan menjadi simpanan anda.
+Kemasukan Ke Hospital Bukan Panel - Boleh buat tuntutan kembali dengan syarat perlu disertakan dengan resit original dan rekod perubatan. Bil perubatan akan dibayar terus kepada hospital oleh Pihak Prudential.
+Annual Limit Waiver - Pilihan mengenepikan had tahunan










DAN MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
+ Pelan Komprehensif 3 Dalam 1 ( Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan).
+ Diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan diawasi oleh Panel Syariah.
+ Kemudahan Pengeluaran Caruman.
+ Manfaat Perkongsian Keuntungan Mudharabah (70:30).
+ Dana Dilaburkan di Kaunter Yang Diluluskan Syariah.
+ Manfaat Kematian - RM100,000+ Manfaat Hilang Upaya Kekal - RM100,000
+ Manfaat Penyakit Kritikal - RM50,000
+ Pampasan Kemalangan - RM50,000
+ Elaun Tunai Hospital - RM200/hari
+ Elaun Tunai Pembedahan - RM2,500
+ Elaun Tunai ICU - RM250/hari
+ Manfaat Pendapatan Tahunan - RM5,000/tahun
+ Dana Pendidikan Anak - RM35,000 (Apabila mencapai usia 25 tahun)
+ Simpanan / Pelaburan - RM50,000 (Anggaran jumlah simpanan selama 30 tahun)
+ Pengecualian Sumbangan - Bayaran Caruman Dikecualikan Jika Pencarum Menghidap Sakit Kritikal, Meninggal Dunia atau Hilang Upaya Kekal.
Sila hubungi saya MUS: 019-9338655 atau Layari takafulexpert.com @ takafulexpert2u.blogspot.com sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma semestinya berguna dan bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Thursday 20 June 2013

CARA UNTUK CLAIM






Sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang Insurans Takaful, ini merupakan perkara yang selalu ditanya oleh prospect atau client. Macam mana nak claim? Berapa lama boleh dapat claim? Cepat ke lambat? Senang ke susah nak claim? dan sebagainya yang berkaitan dengan claim. Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.
Berikut antara cara-cara membuat claim dan beberapa contoh claim untuk rujukan anda.
1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful.
2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan di klinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.
Sila hubungi takafulexpert2u sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma semestinya berguna dan bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Sunday 16 June 2013

MERANCANG KEWANGAN KELUARGA






Dalam mencari dan merancang kewangan keluarga, masih ramai yang keliru tentang keperluan takaful dalam kehidupan harian. Kita sering tertanya-tanya pada diri sendiri, Perlukah aku mengambilnya ? atau Tak perlu aku mengambilnya ?

Dahulu, Saya juga seperti anda tetapi kini saya telah memahami dalam erti kata sebenarnya, risau jika keadaan kewangan tidak mengizinkan, tetapi selepas mengambil kira pro dan kontra, saya memilih untuk memilikinya sebelum terlewat !

Ada pro dan kontra dalam menentukan keputusan saya. Tetapi pro nya lebih banyak jika saya mengambil Takaful sebagai sebahagian dari perancangan kewangan saya. Di antara pro nya adalah :

a. Saya melindungi diri dengan yang pelan yang di akui oleh syariah.

b. Saya dapat membuat perlindungan, simpanan dan pelaburan dalam SATU MASA berbanding simpanan sahaja di bank.

c. Jika saya mati, sekurang-sekurangnya saya telah meninggalkan wang untuk kegunaan ibu bapa saya, isteri saya dan anak-anak saya (opps… isteri dan anak belum ada lagi) dengan wang yang halal dari segi syariah.

d. Jika saya lumpuh, sekurang-sekurangnya kos perubatan saya telah dilindungi dan saya tidak menyusahkan orang-orang terdekat dengan saya membantu dalam bentuk kewangan. Saya meninggalkan sebahagian wang untuk menjaga diri saya, memberi makan minum saya dan menbiayai kos perubatan saya dengan wang yang halal dari segi syariah.

e. Jika saya terkena mengidapi salah satu penyakit kritikal, ngerinya !
contohnya jantung ( 1 daripada 3 lelaki berumur 40 tahun ke atas terkena penyakit jantung!), kanser (1 daripada 4 wanita di Malaysia terkena penyakit kanser!) Sekurang-kurangnya saya telah melindungi kos perubatan saya dengan wang perlindungan daripada PruBSN Takaful yang halal dari segi syariah, dan kos-kos rawatan sampingan seperti kemoterapi, pembedahan susulan semuanya di bayar oleh PruBSN Takaful saya.

f. dan banyak lagi pro-pro atau kelebihan-kelebihan yang saya akan perolehi berbanding jika saya TIDAK memilih untuk mencarum di PruBSN Takaful.


Kenapa tidak perlu memilih PruBSN Takaful? persoalan ini adalah persoalan-persoalan dari mereka yang kurang mengetahui kepentingannya. Saya yakin anda tidak begitu.

- PruBSN Takaful mempunyai fund sendiri, dan ianya terhasil dariapada gabungan dua syarikat gergasi yang di jamin oleh kerajaan. Selain itu, dengan konsep takaful yang diguna pakai, anda tak perlu risau mengenai status kehalalannya dari segi syariah dan di samping itu anda juga dapat membuat amal jariah (ini kerana konsep takaful sendiri adalah saling jamin-menjamin dan saling bantu-membantu, dan di PruBSN Takaful ada satu FUND yang di asingkan dan dikumpul dalam satu tabung untuk setiap ahli pencarum saling bantu membantu. Fund itu hanya digunakan untuk membantu ahli-ahli yang lain). Jadi di sini anda juga telah membuat amal jariah! di dunia dapat wang halal dan di akhirat pula ada balasan yang cukup baik bagi amal jariah yang anda buat!

- Jadi, kenapa tidak ?

KENAPA PruBSN?

Gabungan dua syarikat besar iaitu Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).PAMB yang sudah 88 tahun lebih di Malaysia dan 150 tahun lebih worldwide. Sudah semestinya expert dlm bidang insurans/takaful dan mempunyai fund yang banyak untuk mengeluarkan produk yang lebih murah. Bank Simpanan Nasional - Bank kerajaan under MOF. Fundnya dijamin oleh pihak kerajaan Malaysia. Memang gabungan yang paling mantap.

Prudential merupakan satu-satunya Syarikat insurans antarabangsa setakat ini yang mendapat lesen pengendali Takaful. Ini sudah cukup untuk menggambarkan yang kerajaan pun percaya dengan Prudential untuk memasarkan produk-produk Takaful kepada rakyat Malaysia especially org Islam.

Paling innovatif dalam produk-produk kewangan terutamanya Insurans dan Takaful. PruBSN merupakan pengendali Takaful PERTAMA yang keluarkan medical card. Medical card PruBSN mempunyai coverage paling tinggi dalam market, iaitu di antara RM500k hingga 2.5 juta, sedangkan premium lebih kurang sama dengan kad yang di keluarkan syarikat lain. Saya pun naik hairan jugak kalau ada lagi orang nak compare dengan kad mana yang lagi bagus.

Pelan Takafulink yang di keluarkan oleh PruBSN adalah paling komprehensif. All-In-One...semua di keluarkan sendiri oleh PruBSN dan tidak melibatkan third-party (especially medical card).
Orang kata. Kalau nak tengok medical coverage mana yang bagus, tengok sejarah claim yang pernah di buat. Di forum prudential boleh refer contoh2 claim yang pernah di buat oleh ejen2 PruBSN. Dan jika anda tidak puas hati, boleh hubungi saya, saya boleh tunjukkan bukti. Dari claim demam chicken pox sampailah kepada leukemia, dan meninggal dunia.

SOALAN NYATA :

Kenapa agaknya PruBSN Takaful keluarkan Medical Card dengan had seumur hidup yang besar (RM500k – RM2.5 juta)?

1) Kos medical semakin meningkat setiap tahun lebih kurang 8-15%. So, DENGAN medical kad RM150k, mungkin kita rasa banyak dan cukup sekarang ni, tapi bagaimana 10-20 tahun akan datang?

2) Cuba anda bayangkan, adakah anda mempunyai back-up fund sebanyak RM500k untuk melindungi simpanan hari tua anda nanti? kalau nak simpan sendiri RM500k, agak2 makan masa berapa lama?pastu tak ke sayang kalau retirement fund yang kita simpan selama ni di beri begitu sahaja kepada pihak hospital?

3) So, apa lagi kelebihan kad ini selain limit yang sangat besar tu? ok, sekali lagi. Medical card PruBSN adalah satu2nya kad yang ada:
i. Non-claim bonus (NCB) - kalau anda kekal sihat dan tak pernah pakai kad ni, anda akan dapat lagi bonus tahunan antara RM100-RM500, tak ke berbaloi2 tu?
ii. Annual Limit waiver - haa...ni features yang paling power skali. Katalah anda ada kad dgn limit RM150k, tapi setahun boleh claim RM50k je...masalah tak kalau nak buat rawatan pembedahan jantung yang mungkin mencecah sehingga RM100k? So, dengan kad PruBSN...anda boleh buang had tahunan....maksudnya kalau kos rawatan cecah sampai RM100k pun still boleh claim.

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA CALL/SMS KEPADA :


Friday 14 June 2013

MANFAAT SIMPANAN






Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati PULANGAN SIMPANAN hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan pada masa akan datang, contohnya mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walau bagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran TIDAKLAH SAMA seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji.

Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful, CONTOHNYA : RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, PERLINDUNGAN yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun pertama hingga tahun ketiga agak rendah. Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain.

Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun-tahun lalu selepas di lancarkan:


Keunikan simpanan PruBSN

Simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfaat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)
Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, pewaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

TIADA TEMPOH MATANG

Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.

**NOTA:
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.

ADA SEBARANG PERTANYAAN ? HUBUNGI takafulexpert2u.



Thursday 13 June 2013

APAKAH CO-INSURAN/TAKAFUL






“Co-Insuran” atau ”Co-Takaful” adalah bermaksud ‘Pengkongsian Kerugian bersama antara pemegang polisi dan syarikat Insuran/Takaful’. Setiap syarikat insuran/takaful yang menyediakan Medical Card mempunyai pelbagai jenis ‘co-takaful’ atau ‘co-payment insurance’.

Pastikan ejen anda memberikan maklumat yang terperinci dan tepat berkenaan 'co-takaful' atau 'co-payment'. Walau bagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-insuran yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.Di PruBSN Takaful hanya terdapat Co-Takaful sahaja, manakala Co-Payment tidak dikenakan ke atas client. Bagi  penggunaan Medical Card PruBSN untuk manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali caj bilik & penginapan), peserta hanya perlu membayar 10% (iaitu minimum RM300.00 dan maksimum RM1,000.00.) daripada jumlah bil rawatan yang layak kepada hospital, manakala pihak Prudential BSN Takaful akan membayar selebih bakinya.
Walaubagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-payment insurance yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.

Ringkasan:  RM1,000(max) > 10 % > RM300(min)

Contoh:-
1- Kes 1: KANSER
Jumlah Bil Hospital: RM50,000 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM5,000
Peserta bayar pada hospital = RM1,000 sahaja (kerana maksima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM1,000 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM49,000) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

2- Kes 2 : KEMALANGAN
Jumlah Bil Hospital: RM5,000 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM500
Peserta perlu bayar pada hospital = RM500 sahaja (iaitu 10% co-takaful) dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM4,500) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

3- Kes 3 : DEMAM PANAS
Jumlah Bil Hospital: RM2,500 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM250
Peserta bayar pada hospital = RM300 sahaja (kerana minima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM300 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM2,200) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN

**Nota: Walaubagaimanapun. kami menyediakan Elaun Hospital yang tinggi kepada peserta sehingga RM400 per hari (mengikut pelan) kepada peserta yang bermalam di hospital. Ini adalah sebagai imbuhan untuk menggantikan kos ko-Takaful tersebut.credit: prudential takaful

ADAKAH CO-TAKAFUL MEDICAL CARD YANG MEMBEBANKAN???

Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki Medical Card agak tinggi sekarang ini. Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej Medical Card  PruBSN Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, apabila ejen takaful tersebut mendakwa produk medical card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful.
APAKAH SEBENARNYA CO-TAKAFUL?

Co-takaful adalah sharing cost di antara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta PruBSN Takaful, Co-Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10%  (Minimum RM300 dan Maksimum RM1000). Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 , Co-Takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM1,000 dan bukannya RM10,000. Yang lebihan tue, akan dibayar oleh insurans.

Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful?

Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM1,000 untuk rawatan perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.

Sebagai contoh:
Pelan  Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.

Berbanding dengan PruBSN Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM500,000. Apa yang menarik lagi, jika tiada tuntutan pada tahun itu (selama setahun dari tarikh polisi diluluskan), peserta akan dapat Non Claim Bonus (NCB) sebanyak RM 100.  Jumlah NCB ini adalah berdasarkan plan Medical Card yang diambil.

Untuk Polisi PruBSN Takaful Medical Card, Co-Takaful tidak tertakluk pada kos rawatan sahaja. Tapi ia juga meliputi Pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization (Outpatient Treatment). Tiada minumam requirement dan maksimum adalah RM2000.

Contohnya:
Masa  Pre-hospitalization,  kita pergi klinik jumpa doktor kerana demam dan doktor charge RM 50. Seminggu  masih belum sembuh, so decide nak  pergi hospital. Tinggal di hospital 3 hari dan hosspital charge RM1,500. Dan after discharge, kita pun pergi buat follow up dengan doktor dan di charge sebanyak RM200.
So, cuba kira? How?

Pengiraannya:-
Benefits
Charges
Co-Takaful @ 10%
1. Pre-hospitalization
RM50
RM 5
2. In-Hospitalization
RM1,500
RM 300 (Y?) because min 300 n max 1k
3. Post-Hospitalization
RM200
RM 2

Oleh sebab itu, jumlah  yang anda perlu bayar adalah RM325. Untuk pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization akan berlaku semasa claim. Mungkin sesaper yg pernah claim untuk Pre dan Post -Hospitalization pernah tertanya apsal claim sikit dari yg sepatutnyer. pasal nielah!!!! Co-Takaful @ 10%

PERHATIAN:
Jika dengan pembayaran Co-Takaful / Insurans  itu dianggap membebankan, cuba bandingkan dengan beberapa agensi insuran lain yang mengenakan Co-Takaful/insurans  dan juga Co-Payment kepada client mereka.

Contohnya 1:
Insuran yang di ambil meliputi Pelan  Room and Board 150, Co-Insurans  (10% max RM500) & Co-Payment (20% no max – if upgrade Room & Board)

Jika client upgrade kan Room & Board, maka client tersebut terpaksa menanggung lebihan  daripada Room & Board yang di cover dan ini bermakna client secara automatik terpaksa menanggung 10% pembayaran bil rawatan tanpa ada had jumlahnya….….Jika Room & Board bernilai RM200/hari dan client tinggal selama 5 hari dengan caj rawatan berjumlah  RM20000 , maka kos yang terpaksa ditanggung oleh client ialah sebanyak:

Caj Room & Board = (RM200 – RM150) x 5 hari = RM250.00
Caj bagi Co-insurance / Co-Payment = 10% daripada RM20000 = RM2,000
Jumlah Caj yang terpaksa ditanggung oleh client = RM250 + RM2000 = RM2250 tidak termasuk caj pre dan post Hospitalization…

Contohnya 2:
Insuran yang di ambil meliputi Pelan  Room and Board 150,  Co-Takaful (10% max RM3k) & Co-Payment (28% - if upgrade R&B)

Jika client upgrade kan Room & Board, maka client tersebut terpaksa menanggung lebihan  daripada Room & Board yang di cover dan ini bermakna client secara automatik terpaksa menanggung 28 % pembayaran bil rawatan tanpa ada had jumlahnya….….Jika Room & Board bernilai RM200/hari dan client tinggal selama 5 hari dengan caj rawatan berjumlah  RM20000 , maka kos yang terpaksa ditanggung oleh client ialah sebanyak:

Caj Room & Board = (RM200 – RM150) x 5 hari = RM250.00
Caj bagi Co-insurance / Co-Payment = 28% daripada RM20000 = RM5,600
Jumlah Caj yang terpaksa ditanggung oleh client = RM250 + RM5600 = RM5850 (tidak termasuk caj pre dan post Hospitalization)

Daripada perbandingan ini, adakah anda fikir pembayaran Co-Takaful/Insurans yang dikenakan oleh PruBSN Takaful itu membebankan?



Sunday 12 May 2013

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL




PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran lampiran yang mana terkini.


Berikut adalah senarai ringkas penyakit kritikal yang akan dilindungi oleh Prudential BSN Takaful.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI


Pengesahan dari doktor pakar membolehkan pemegang sijil boleh menuntut Pampasan Penyakit Kritikal serta  "Contributor Benefit" (caruman menjadi percuma dan dibayar oleh pihak Prudential seperti tertakluk pada sijil)
  
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi takafulexpert2u.

Thursday 9 May 2013

KESILAPAN UMUM KITA






Sebagai manusia biasa, kita sering melakukan kesilapan, dan tanpa kita sedari kesilapan yang kita lakukan itu akhirnya menjerat diri kita sendiri.

Kadangkala, apabila ada orang yang ingin mengingatkan kita tentang kesilapan tersebut, kita sering menganggapnya sebagai perkara yang remeh temeh, tetapi apabila sudah terkena, mulalah nak menyalahkan orang lain. “DAH JATUH BARU NAK TENGADAH”.

Di antara kesilapan-kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari adalah seperti:

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri kita sendiri sudah berapa kali perkataan seperti "Tak Apa lah", "Nanti La Dulu", "Tunggu Lepas Kahwin la", "Kasi Anak Besar dulu", sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perunding kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :

Apakah 3 matlamat kewangan anda?
Bila jangka masa pencapaiannya?
Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?


Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10% setahun (kadar kad kredit ialah 15 - 18%) akan menghasilkan harta RM72,000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja, kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilema pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!

Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan dan ambil tindakan sama untuk merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.