Thursday 20 June 2013

CARA UNTUK CLAIM






Sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang Insurans Takaful, ini merupakan perkara yang selalu ditanya oleh prospect atau client. Macam mana nak claim? Berapa lama boleh dapat claim? Cepat ke lambat? Senang ke susah nak claim? dan sebagainya yang berkaitan dengan claim. Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.
Berikut antara cara-cara membuat claim dan beberapa contoh claim untuk rujukan anda.
1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful.
2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan di klinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.
Sila hubungi takafulexpert2u sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma semestinya berguna dan bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Sunday 16 June 2013

MERANCANG KEWANGAN KELUARGA






Dalam mencari dan merancang kewangan keluarga, masih ramai yang keliru tentang keperluan takaful dalam kehidupan harian. Kita sering tertanya-tanya pada diri sendiri, Perlukah aku mengambilnya ? atau Tak perlu aku mengambilnya ?

Dahulu, Saya juga seperti anda tetapi kini saya telah memahami dalam erti kata sebenarnya, risau jika keadaan kewangan tidak mengizinkan, tetapi selepas mengambil kira pro dan kontra, saya memilih untuk memilikinya sebelum terlewat !

Ada pro dan kontra dalam menentukan keputusan saya. Tetapi pro nya lebih banyak jika saya mengambil Takaful sebagai sebahagian dari perancangan kewangan saya. Di antara pro nya adalah :

a. Saya melindungi diri dengan yang pelan yang di akui oleh syariah.

b. Saya dapat membuat perlindungan, simpanan dan pelaburan dalam SATU MASA berbanding simpanan sahaja di bank.

c. Jika saya mati, sekurang-sekurangnya saya telah meninggalkan wang untuk kegunaan ibu bapa saya, isteri saya dan anak-anak saya (opps… isteri dan anak belum ada lagi) dengan wang yang halal dari segi syariah.

d. Jika saya lumpuh, sekurang-sekurangnya kos perubatan saya telah dilindungi dan saya tidak menyusahkan orang-orang terdekat dengan saya membantu dalam bentuk kewangan. Saya meninggalkan sebahagian wang untuk menjaga diri saya, memberi makan minum saya dan menbiayai kos perubatan saya dengan wang yang halal dari segi syariah.

e. Jika saya terkena mengidapi salah satu penyakit kritikal, ngerinya !
contohnya jantung ( 1 daripada 3 lelaki berumur 40 tahun ke atas terkena penyakit jantung!), kanser (1 daripada 4 wanita di Malaysia terkena penyakit kanser!) Sekurang-kurangnya saya telah melindungi kos perubatan saya dengan wang perlindungan daripada PruBSN Takaful yang halal dari segi syariah, dan kos-kos rawatan sampingan seperti kemoterapi, pembedahan susulan semuanya di bayar oleh PruBSN Takaful saya.

f. dan banyak lagi pro-pro atau kelebihan-kelebihan yang saya akan perolehi berbanding jika saya TIDAK memilih untuk mencarum di PruBSN Takaful.


Kenapa tidak perlu memilih PruBSN Takaful? persoalan ini adalah persoalan-persoalan dari mereka yang kurang mengetahui kepentingannya. Saya yakin anda tidak begitu.

- PruBSN Takaful mempunyai fund sendiri, dan ianya terhasil dariapada gabungan dua syarikat gergasi yang di jamin oleh kerajaan. Selain itu, dengan konsep takaful yang diguna pakai, anda tak perlu risau mengenai status kehalalannya dari segi syariah dan di samping itu anda juga dapat membuat amal jariah (ini kerana konsep takaful sendiri adalah saling jamin-menjamin dan saling bantu-membantu, dan di PruBSN Takaful ada satu FUND yang di asingkan dan dikumpul dalam satu tabung untuk setiap ahli pencarum saling bantu membantu. Fund itu hanya digunakan untuk membantu ahli-ahli yang lain). Jadi di sini anda juga telah membuat amal jariah! di dunia dapat wang halal dan di akhirat pula ada balasan yang cukup baik bagi amal jariah yang anda buat!

- Jadi, kenapa tidak ?

KENAPA PruBSN?

Gabungan dua syarikat besar iaitu Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).PAMB yang sudah 88 tahun lebih di Malaysia dan 150 tahun lebih worldwide. Sudah semestinya expert dlm bidang insurans/takaful dan mempunyai fund yang banyak untuk mengeluarkan produk yang lebih murah. Bank Simpanan Nasional - Bank kerajaan under MOF. Fundnya dijamin oleh pihak kerajaan Malaysia. Memang gabungan yang paling mantap.

Prudential merupakan satu-satunya Syarikat insurans antarabangsa setakat ini yang mendapat lesen pengendali Takaful. Ini sudah cukup untuk menggambarkan yang kerajaan pun percaya dengan Prudential untuk memasarkan produk-produk Takaful kepada rakyat Malaysia especially org Islam.

Paling innovatif dalam produk-produk kewangan terutamanya Insurans dan Takaful. PruBSN merupakan pengendali Takaful PERTAMA yang keluarkan medical card. Medical card PruBSN mempunyai coverage paling tinggi dalam market, iaitu di antara RM500k hingga 2.5 juta, sedangkan premium lebih kurang sama dengan kad yang di keluarkan syarikat lain. Saya pun naik hairan jugak kalau ada lagi orang nak compare dengan kad mana yang lagi bagus.

Pelan Takafulink yang di keluarkan oleh PruBSN adalah paling komprehensif. All-In-One...semua di keluarkan sendiri oleh PruBSN dan tidak melibatkan third-party (especially medical card).
Orang kata. Kalau nak tengok medical coverage mana yang bagus, tengok sejarah claim yang pernah di buat. Di forum prudential boleh refer contoh2 claim yang pernah di buat oleh ejen2 PruBSN. Dan jika anda tidak puas hati, boleh hubungi saya, saya boleh tunjukkan bukti. Dari claim demam chicken pox sampailah kepada leukemia, dan meninggal dunia.

SOALAN NYATA :

Kenapa agaknya PruBSN Takaful keluarkan Medical Card dengan had seumur hidup yang besar (RM500k – RM2.5 juta)?

1) Kos medical semakin meningkat setiap tahun lebih kurang 8-15%. So, DENGAN medical kad RM150k, mungkin kita rasa banyak dan cukup sekarang ni, tapi bagaimana 10-20 tahun akan datang?

2) Cuba anda bayangkan, adakah anda mempunyai back-up fund sebanyak RM500k untuk melindungi simpanan hari tua anda nanti? kalau nak simpan sendiri RM500k, agak2 makan masa berapa lama?pastu tak ke sayang kalau retirement fund yang kita simpan selama ni di beri begitu sahaja kepada pihak hospital?

3) So, apa lagi kelebihan kad ini selain limit yang sangat besar tu? ok, sekali lagi. Medical card PruBSN adalah satu2nya kad yang ada:
i. Non-claim bonus (NCB) - kalau anda kekal sihat dan tak pernah pakai kad ni, anda akan dapat lagi bonus tahunan antara RM100-RM500, tak ke berbaloi2 tu?
ii. Annual Limit waiver - haa...ni features yang paling power skali. Katalah anda ada kad dgn limit RM150k, tapi setahun boleh claim RM50k je...masalah tak kalau nak buat rawatan pembedahan jantung yang mungkin mencecah sehingga RM100k? So, dengan kad PruBSN...anda boleh buang had tahunan....maksudnya kalau kos rawatan cecah sampai RM100k pun still boleh claim.

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA CALL/SMS KEPADA :


Friday 14 June 2013

MANFAAT SIMPANAN






Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati PULANGAN SIMPANAN hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan pada masa akan datang, contohnya mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walau bagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran TIDAKLAH SAMA seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji.

Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful, CONTOHNYA : RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, PERLINDUNGAN yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun pertama hingga tahun ketiga agak rendah. Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain.

Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun-tahun lalu selepas di lancarkan:


Keunikan simpanan PruBSN

Simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfaat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)
Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, pewaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

TIADA TEMPOH MATANG

Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.

**NOTA:
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.

ADA SEBARANG PERTANYAAN ? HUBUNGI takafulexpert2u.



Thursday 13 June 2013

APAKAH CO-INSURAN/TAKAFUL






“Co-Insuran” atau ”Co-Takaful” adalah bermaksud ‘Pengkongsian Kerugian bersama antara pemegang polisi dan syarikat Insuran/Takaful’. Setiap syarikat insuran/takaful yang menyediakan Medical Card mempunyai pelbagai jenis ‘co-takaful’ atau ‘co-payment insurance’.

Pastikan ejen anda memberikan maklumat yang terperinci dan tepat berkenaan 'co-takaful' atau 'co-payment'. Walau bagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-insuran yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.Di PruBSN Takaful hanya terdapat Co-Takaful sahaja, manakala Co-Payment tidak dikenakan ke atas client. Bagi  penggunaan Medical Card PruBSN untuk manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali caj bilik & penginapan), peserta hanya perlu membayar 10% (iaitu minimum RM300.00 dan maksimum RM1,000.00.) daripada jumlah bil rawatan yang layak kepada hospital, manakala pihak Prudential BSN Takaful akan membayar selebih bakinya.
Walaubagaimanapun, ianya berbeza terma dan syarat bagi setiap co-payment insurance yang ditetapkan oleh syarikat insuran/takaful tersebut.

Ringkasan:  RM1,000(max) > 10 % > RM300(min)

Contoh:-
1- Kes 1: KANSER
Jumlah Bil Hospital: RM50,000 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM5,000
Peserta bayar pada hospital = RM1,000 sahaja (kerana maksima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM1,000 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM49,000) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

2- Kes 2 : KEMALANGAN
Jumlah Bil Hospital: RM5,000 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM500
Peserta perlu bayar pada hospital = RM500 sahaja (iaitu 10% co-takaful) dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM4,500) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.

3- Kes 3 : DEMAM PANAS
Jumlah Bil Hospital: RM2,500 (tidak termasuk caj bilik)
10% daripada jumlah Bil Hospital = RM250
Peserta bayar pada hospital = RM300 sahaja (kerana minima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM300 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM2,200) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN

**Nota: Walaubagaimanapun. kami menyediakan Elaun Hospital yang tinggi kepada peserta sehingga RM400 per hari (mengikut pelan) kepada peserta yang bermalam di hospital. Ini adalah sebagai imbuhan untuk menggantikan kos ko-Takaful tersebut.credit: prudential takaful

ADAKAH CO-TAKAFUL MEDICAL CARD YANG MEMBEBANKAN???

Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki Medical Card agak tinggi sekarang ini. Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej Medical Card  PruBSN Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, apabila ejen takaful tersebut mendakwa produk medical card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful.
APAKAH SEBENARNYA CO-TAKAFUL?

Co-takaful adalah sharing cost di antara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta PruBSN Takaful, Co-Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10%  (Minimum RM300 dan Maksimum RM1000). Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 , Co-Takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM1,000 dan bukannya RM10,000. Yang lebihan tue, akan dibayar oleh insurans.

Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful?

Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM1,000 untuk rawatan perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.

Sebagai contoh:
Pelan  Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.

Berbanding dengan PruBSN Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM500,000. Apa yang menarik lagi, jika tiada tuntutan pada tahun itu (selama setahun dari tarikh polisi diluluskan), peserta akan dapat Non Claim Bonus (NCB) sebanyak RM 100.  Jumlah NCB ini adalah berdasarkan plan Medical Card yang diambil.

Untuk Polisi PruBSN Takaful Medical Card, Co-Takaful tidak tertakluk pada kos rawatan sahaja. Tapi ia juga meliputi Pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization (Outpatient Treatment). Tiada minumam requirement dan maksimum adalah RM2000.

Contohnya:
Masa  Pre-hospitalization,  kita pergi klinik jumpa doktor kerana demam dan doktor charge RM 50. Seminggu  masih belum sembuh, so decide nak  pergi hospital. Tinggal di hospital 3 hari dan hosspital charge RM1,500. Dan after discharge, kita pun pergi buat follow up dengan doktor dan di charge sebanyak RM200.
So, cuba kira? How?

Pengiraannya:-
Benefits
Charges
Co-Takaful @ 10%
1. Pre-hospitalization
RM50
RM 5
2. In-Hospitalization
RM1,500
RM 300 (Y?) because min 300 n max 1k
3. Post-Hospitalization
RM200
RM 2

Oleh sebab itu, jumlah  yang anda perlu bayar adalah RM325. Untuk pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization akan berlaku semasa claim. Mungkin sesaper yg pernah claim untuk Pre dan Post -Hospitalization pernah tertanya apsal claim sikit dari yg sepatutnyer. pasal nielah!!!! Co-Takaful @ 10%

PERHATIAN:
Jika dengan pembayaran Co-Takaful / Insurans  itu dianggap membebankan, cuba bandingkan dengan beberapa agensi insuran lain yang mengenakan Co-Takaful/insurans  dan juga Co-Payment kepada client mereka.

Contohnya 1:
Insuran yang di ambil meliputi Pelan  Room and Board 150, Co-Insurans  (10% max RM500) & Co-Payment (20% no max – if upgrade Room & Board)

Jika client upgrade kan Room & Board, maka client tersebut terpaksa menanggung lebihan  daripada Room & Board yang di cover dan ini bermakna client secara automatik terpaksa menanggung 10% pembayaran bil rawatan tanpa ada had jumlahnya….….Jika Room & Board bernilai RM200/hari dan client tinggal selama 5 hari dengan caj rawatan berjumlah  RM20000 , maka kos yang terpaksa ditanggung oleh client ialah sebanyak:

Caj Room & Board = (RM200 – RM150) x 5 hari = RM250.00
Caj bagi Co-insurance / Co-Payment = 10% daripada RM20000 = RM2,000
Jumlah Caj yang terpaksa ditanggung oleh client = RM250 + RM2000 = RM2250 tidak termasuk caj pre dan post Hospitalization…

Contohnya 2:
Insuran yang di ambil meliputi Pelan  Room and Board 150,  Co-Takaful (10% max RM3k) & Co-Payment (28% - if upgrade R&B)

Jika client upgrade kan Room & Board, maka client tersebut terpaksa menanggung lebihan  daripada Room & Board yang di cover dan ini bermakna client secara automatik terpaksa menanggung 28 % pembayaran bil rawatan tanpa ada had jumlahnya….….Jika Room & Board bernilai RM200/hari dan client tinggal selama 5 hari dengan caj rawatan berjumlah  RM20000 , maka kos yang terpaksa ditanggung oleh client ialah sebanyak:

Caj Room & Board = (RM200 – RM150) x 5 hari = RM250.00
Caj bagi Co-insurance / Co-Payment = 28% daripada RM20000 = RM5,600
Jumlah Caj yang terpaksa ditanggung oleh client = RM250 + RM5600 = RM5850 (tidak termasuk caj pre dan post Hospitalization)

Daripada perbandingan ini, adakah anda fikir pembayaran Co-Takaful/Insurans yang dikenakan oleh PruBSN Takaful itu membebankan?