Senario hari ini, ramai dikalangan kita yang mempunyai perlindungan insurans takaful untuk kereta ataupun rumah. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemiliknya tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda tersebut. Tetapi Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Melindungi Diri dan Keluarga Seperti Melindungi Harta Benda Mereka?
Kebanyakan
daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk merancang yang
terbaik untuk masa hadapan. Tetapi, seperti yang kita ketahui, malang
tidak berbau dan boleh menimpa kita dalam sekelip mata tanpa diduga.
Kita boleh beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa
kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans
Takaful Mungkin Tidak Dapat Menjamin Masa Depan Yang Cerah Untuk Anda,
Tetapi Sekurang-kurangnya Perlindungan dan Bantuan Yang Diperlukan Anda
dan Keluarga Dijamin Ketika Anda Memerlukannya.
Persoalannya, Polisi apakah yang anda miliki sekarang
? Sudahkah anda membeli polisi insurans takaful untuk diri anda? Adakah
majikan anda menyediakan insurans takaful untuk anda semasa bekerja dan
selepas bersara? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami
anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
Jika
anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah
seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan
apa yang anda perlu lindungi.
BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN KEHIDUPAN TANPA ANDA ?
Kehidupan
kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga
anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans
Takaful Yang Dimiliki Dapat Menjamin Dari Segi Kewangan dan Boleh
Memberi Mereka Perlindungan Kewangan Tambahan Untuk Meneruskan Kehidupan
Setelah Anda Tiada. Dan dengan polisi seperti takaful
berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan
mendapat perlindungan menyeluruh.
TANYA DIRI ANDA SEKARANG!
Apa akan berlaku sekiranya Perkara-Perkara Berikut Terjadi Pada Diri Anda, HARI INI...
+ Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal
+ Meninggal Dunia
+ Lumpuh Atau Hilang Upaya Kekal
Bagaimana anda dan keluarga menghadapi situasi ini? Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Isteri, Anak-anak dan Ibu Bapa Anda? Sudahkah Anda Membuat Persediaan Yang Secukupnya? Jika Belum, Biar Kami Yang Menguruskannnya Untuk Anda.
"Bersedialah untuk menghadapi pekara yang tidak diduga supaya anda dan keluarga anda dilindungi pada setiap masa dan dimana jua.
Jangan Biarkan Diri dan Keluarga Anda Menderita Kerana Sikap Tidak Peduli Anda"
No comments:
Post a Comment