Wednesday 27 November 2013

RISIKO-RISIKO DALAM KEHIDUPAN






Dalam kehidupan seharian, semua perkara yang kita lakukan mempunyai risiko. Makan pun boleh tercekik, minum pula tersedak. Malah lidah pun boleh tergigit. Apatah lagi dalam melalui liku-liku kehidupan penuh mencabar akan datang. Risiko kehidupan, POSITIF ataupun NEGATIF bukan boleh diramal oleh individu. Dan setiap orang mungkin mengalami risiko-risiko yang sama, seperti:-

1. KEMATIAN PRA MATANG (LAYU SEBELUM WAKTUNYA)

Kita mungkin pernah dengar berita tentang jiran, kawan, saudara mara yang kemalangan ataupun mempunyai masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, dan sekiranya hal tersebut berlaku kepada kita, macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? Jika satunya layu, pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada langsung sekiranya hanya suami yang bekerja.



BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP ?

Wang memang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang ! Betul kah?

2. HIDUP TERLALU LAMA

Sudah pasti setiap manusia mahukan umur yang panjang. Mungkin kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri, ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. tetapi sebaliknya.
Apakah yang akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda?
Andaian berdasarkan pengiraan matematik mudah, pencen pada umur 55 tahun, purata jangka hayat hidup rakyat Malaysia adalah 75 tahun. 75-55 = 20. Maka, selama 20 tahun kita perlukan dana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Berapakah angka yang perlu ada sebaik sahaja anda bersara?

Perbelanjaan = kos makan dan minum, pakaian, minyak, tol, kereta , rumah, yuran anak-anak, bil api, bil air, bil telefon, bil internet, bil astro dan sebagainya (+ inflasi akan datang, semua benda menjadi mahal)

Sekiranya perbelanjaan anda RM 1000/bln, RM 1000 ? Cukup kah ?
maka RM1000 x 12 bln x 20 thn = RM240,000 (Anda mesti ada pada usia 60thn)

Sekiranya perbelanjaan anda RM 2000/bln, maka RM2000 x 12bln x 20 thn = RM480,000 (Anda mesti ada pada usia 60 thn)

Sekiranya perbelanjaan anda RM 5000/bln, maka RM5000 x 12 bln x 20 thn = RM 1200,000 (Anda mesti ada pada usia 60 thn)

Pengiraan di atas belum dimasukkan faktor inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang rata-ratanya berjumlah hanya RM100,000 sahaja apabila mencapai umur 55 tahun?

3. LIVING DEATH

Anda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita berduit. Sebaliknya, jika tidak berduit macamana cara nak mendapatkan rawatan ? Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat tempat bekerja?

Tetapi PERSOALANNYA:

i) Sampai bila anda akan bekerja di situ?

ii) Syarikat anda melindungi anda sehingga umur 60 sahaja. SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU, TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI. SEKIRANYA boleh, harganya adalah 5 kali ganda. MAMPUKAH ANDA? Sekiranya tidak mampu, adakah anda mahu menggunakan wang KWSP anda untuk membayar bil hospital? bayaran bil-bil lain selebihnya?

iii) Adakah anda sanggup beratur panjang dengan orang lain untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan?

Adakah anda sanggup jadi seperti ini? Adakah anda sanggup jadi seperti ini?

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN : Hubungi takafulexpert2u yang sedia membantu.


No comments:

Post a Comment