Saturday 4 May 2013

KELEBIHAN PERLINDUNGAN BERKONSEPKAN TAKAFUL






Kelahiran penyedia Sistem Kewangan Islam telah memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan.

Dengan adanya penubuhan Perbankan Islam dan Takaful pada hari ini, ia seharusnya dipuji dan dihargai kerana telah memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.

Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa menerima sistem kovensional yang bercampur-baur tidak senada dengan Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Takaful Islam dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.

Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan.


Sistem takaful juga BEBAS dari unsur-unsur gharar (syubhat)riba dan juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu".

Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan, menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan sendiri. Sebaliknya dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum menjadi keutamaan.

Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.

Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma).Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.

Sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini. Kini dengan adanya kemudahan takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah, ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.

PILIHLAH INSURANS TAKAFUL YANG BERTERASKAN ISLAM DAN DIURUSKAN MENGIKUT HUKUM-HUKUM DAN SYARIAH ISLAM


Saya ejen yang boleh membantu anda. Hubungi  takafulexpert2u