Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati PULANGAN SIMPANAN hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan pada masa akan datang, contohnya mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.
Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang.
Walau bagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran
TIDAKLAH SAMA seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji.
Maksudnya
begini, bila anda menyimpan dalam takaful, CONTOHNYA : RM100 sebulan,
anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam
setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, PERLINDUNGAN
yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai
pulangan/serahan antara tahun pertama hingga tahun ketiga agak rendah.
Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan
di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi
pelaburan lain.
Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun-tahun lalu selepas di lancarkan:
Keunikan simpanan PruBSN
Simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfaat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)
Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, pewaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

TIADA TEMPOH MATANG
Pengeluaran
simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila
simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang
simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di
dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.
Dengan
adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan
caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan
yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan
sendirinya.
**NOTA:
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.